23 July, 2019

Final Lineup PRODUCE X 1





Finally, the survival show is over. Congratulations to all the contestants who participate in this show.

Official group's name is : X1

Date debut : 27 August 2019

Here are the members according to their ranking : 

1. Kim Yohan (Center)
2. Kim Wooseok
3. Han Seungwoo
4. Song Hyeongjun
5. Cho Seungyoun
6. Son Dongpyo
7. Lee Hangyul
8. Nam Dohyun
9. Cha Junho
10. Kang Minhee
X. Lee Eunsang

Can't wait to see your reality shows guys. I'm really looking forward to this.

27 May, 2019

Recommended WEBTOON LINE review by Siti Nadirah


Hello guys. Salam Ramadhan. Semoga puasa kali ini membawa rahmat dalam kehidupan kalian. Allahu. Amiin. Dah lama tak update masha-Allah otak beku sangat dan ada komitmen lain dengan latihan ilmiah dan assignment. Doakanlah aku dapat survive cabaran ni dengan baik okay ! Semoga Siti Nadirah binti Sha’adan dapat grad tahun 2020 In Sha Allah Amin amin.. Semoga Tuhan memberkati pembaca seperti kalian ehek > - <


Entry kalini bukan nak share pasal apa pun. Sebab tak tahu nak share apa so harini aku just nak share with you guys recommended webtoon yang aku baca daripada Webtoon LINE. Baru discovered sebab sedar diri memang pemalas nak membaca. Heol ignore me. If you guys baca dekat dekat Webtoon NAVER lagi banyak webtoon yang menarik but kita tak paham hangul so bagaimana itu. Hahah. But, webtoon yang aku recommend ni memang terbaik dari segi drawing dia. Sangat terbaik. Kreatif. Kelakar pun ya juga. Sekali baca memang tak sedar dah berapa chapter sebab eye catching sangat. So guys, ayohlah kita ushar-ushar. Kebanyakan webtoon yang aku baca mostly masih ongoing


1. Lookism (Park Taejun)

Tajuk lookism sendiri memberi maksud iaitu prejudice or discrimination on the grounds of a person's appearance. If korang minat action for high schoolers boleh baca ni. Kisah seorang remaja yang berbadan chubby (taknak cakap gemuk sebab tak baik lol) dan sering dibuli di sekolah lamanya mengambil keputusan untuk berpindah sekolah dan belajar berdikari. Tapi suatu perkara yang tidak dijangka berlaku pada keesokan harinya di rumah baru apabila mendapati tubuh badannya berubah 100% daripada tubuh asal. Ok taknak bagi spoiler. And plot twist pun kemain sampai dapat unexpected ending. Watak pun banyak berkait-kait and I love the visual of the character. Juga memberi pengajaran supaya jangan berkawan sebab rupa. Relate dengan manusia zaman sekarang yang suka judge dari segi luaran dulu kan. Yang istimewanya webtoon ni adalah Park Taejun (author) menggunakan wajah adiknya iaitu Park Hyung Seok sebagai watak utama. Thats so lit guys. Sibling goals. Dahla dua-dua pun hensem. Boleh usha ig author taip je park taejun.






2. Yumi’s Cells
Kalau korang jenis yang suka berangan suka drama cinta-cinta boleh baca Webtoon ni. Seorang wanita berkerjaya yang masih tercari-cari akan jodohnya yang juga menampilkan sel-selnya. Sel-sel tersebut akan membantu Yumi dalam membuat keputusan sebelum bertindak. Yumi punya karakter ni nampak macam orang takde perasaan tapi dalam hati dia macam-macam jadi. Ada ribut lah, musim bunga lah her feeling express from that. Author adalah Lee Donggeun.
p/s : Ada satu watak nama dia Babi weyh tapi dia punya watak so boyfriend material.

      





3. True Beauty

This art is sooooo beautiful. Maybe sebab the author pernah jadi model and tahu sedikit sebanyak tentang fashion. Menceritakan seorang gadis remaja yang mula meminati bidang makeup setelah berjaya memperlajari bidang tersebut melalui sosial media. Kiranya meminta nasihat tentang makeup daripada rakan-rakan sosial media lah. Kisah ni lebih kepada kehidupan remaja yang tersangkut dengan percintaan, kekeluargaan and its worth it to read tho.. Penulis adalah Yaongi.

                                   


     
                                           
                                  SUHO LEE sooo visual
4. Eggnoid

Tak pasti tapi rasanya penulis adalah Indonesian. Dia punya art pun cantik dan mengingatkan aku kepada Maid Maiden punya art. Kepada sesiapa minat romance dan science fiction pun boleh baca walaupun genre lebih kepada romance. Kemunculan eggnoid adalah misteri dan aku pun baru baca chapter 1 untuk season 3. Nama eggnoid tu pun dah pelik kan ? Boleh tengok ig archietheredcat untuk maklumat lanjut.






So thats all for today.. Hope you guys enjoy my entry. Thank you !

19 December, 2018

Watch: “Under 19” Contestants Cover BTS And Block B In 2nd Round Of Team Battles


On the December 15 episode of MBC’s audition program “Under 19,” the remaining contestants began their second round of team battles.
Each team (vocal, rap, and performance) was divided into two groups. The vocal teams would perform BTS’s “I Need You” and EXO’s “Love Me Right,” the rap teams would perform Block B’s “Her” and NCT U’s “Boss,” and the performance teams would perform Block B’s “Her” and VIXX’s “Shangri-La.”

Spoilers
The December 15 episode featured the performances of the A groups: BTS’s “I Need You” vocal team, Block B’s “Her” rap team, and Block B’s “Her” performance team.
During practices, the vocal team had trouble getting their harmonies right. It turned out that they had been severely affected by the elimination of three of their members in the previous episode. During the actual performance, Jeon Chan Bin went off-key and shed tears when the performance ended, saying, “I didn’t even show half of what I practiced and I felt so sorry toward everyone else.”


The rap team also struggled with almost half of their members having been eliminated, struggling to perfect their choreography arrangements. After getting 1:1 tutoring, they impressed the audience with their rapid-fire rapping and didn’t make any mistakes during the performance.




The final team to perform in Round 1 was the performance team, who covered the exact same song as the rap team (Block B’s “Her”). Super Junior’s Eunhyuk had set it up so that the two teams went after one another, commenting, “I think that they can each show different sides of the song.”
The performance team showed an amazing dance break during the song and the directors said, “It’s a really close race [between them and the rap team].”



At the end of Round 1, the vocal team received 214 points, the performance team received 223 points, and the rap team won the round with 236 points.



The episode ended with the B groups practicing for their own performances in Round 2. In particular, Lee Ye Chan, who is the leader of the rap team performing “Boss,” was shown getting into conflict with the other members and mentor Don Spike over the direction of their performance.


CREDIT : C. HONG (Soompi)

01 May, 2018

The Reality That Happen in Our Lives


Hey guys. Sihat semua.? First of all , SELAMAT HARI PEKERJA ye semuaa:). Alhamdulillah 1 Mei 2018 ini diberi kesempatan untuk berblogging disamping assignment yang bertimbun and I have to struggle solving that one by one. Sempena Hari Pekerja ni aku nak tunjuk sikit satu short clip ni yang mungkin ada sedikit yang reflect dengan diri kita tak kisahlah sebagai pekerja ke, atau sebagai pelajar ke.. But this clip really give us a reality about our life.. So , taknak cakap banyak sebenarnya, jemputlah rehatkan minda korang dengan klip ni ye.... Baii .. Assalamualaikum :)























22 April, 2018

Daily Inspiration from Muslim Pro



Since dah lama tak update blog, so harini nak share some inspiration quotes yang mungkin berguna untuk anda semua :)
























Get more daily inspiration from MUSLIM PRO APPS 

Salam..

05 May, 2017

Bila 4 Tahun Ditinggalkan...




Masha Allah dah lama aku tinggalkan blog ni. Sorry weyh. Betul-betul sibuk. * Acah je. Huhu. 


Untuk makluman , ni entry pertama tahun 2017. Perghhhh.. Ni nak masuk tengah tahun dah nii.. Ish ish ish... Entah-entah takde sapa nak lalu blog ni dah. Huhu..

 Ok ok lets straight to the forward la ye... Aku dah hias sikit blog ni. Hihihihi. Tadaaaaaaaa..... Denim template je.... Saja nak tukar.. Tapi kannn... Problem kat sini adalah aku dah 4 tahun tak berblogging. Jadi sistem blogger dan google dah banyak upgrade sampai terkial-kial nak cari koding haaaa... *Nak nangis sat sebab dah tak pro edit blog macam dulu. Huwaaaaaaa...

 Jadi di sini ingin hamba katakan *cewahhh , yang hamba mungkin masih berblogging cuma tidak seaktif setangkas seperti dahulu kala.

 Lepastu kann... kenapa aku dah tak ada link nuffnang dengan churp-churp eh? Ke memang wifi U sekat.?? . Huhu

DIA CAKAP SENYUM SIKIT :)

02 November, 2016

Kenapa Nak Kena Give Up?



"Pastikan tugasan tu disubmit manual pada saya minggu depan ye."

"Baik miss."

Semua pelajar menjawab . Akur. Namun pelbagai perkara yang terlintas di fikiran mereka. Terdapat sekumpulan pelahar berkumpul sedang membincangkan sesuatu dengan mimik muka serius walaupun bilangan manusia di bilik kuliah sudah semakin susut. Tidak rasa keterujaan untuk pulang di waktu itu. Buntu barangkali memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk tugasan kali ini. 

Haih assignment lagi. Memang tak akan habis. Rasa nak nangis sat . Huwaaaaa. Allah je yang tahu perasaan aku ketika ini . Banyak benda nak kena settle sebelum minggu depan ni. 

Aduhh. Lagi nak meeting kelab, persatuan. Sukan lagi. Dah tak lama dahh ni. Assignment lagi lahh. Semua nak kena submit. Nak kena present. Tu belum kira betul ke salah. Setiap subjek pulak tu ad assignment. Mangaiii. Rasa nak nangis lagi. Hurmmmm. 

Tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi WhatsApp 

"Guys, tugasan entrepreneurship bahagian sekian sekian dah siap? Lusa dah nak kena submit. Nak kena compile dulu. Lepas tu nak semak lagi."

No respond from the others. Cuma ada beberapa kerat je yang read. READ weyh. 

"Guys, I need your coperation right now. Jangan macam ni please." Ketua kumpulan dah mula remind.

"Baru nak buat." Anak buah reply.

"Dah siap dan dah print. Esok saya bagi." Antara ayat yang paling kita nak sangat. 

"Otw." Ok..... ini .....

Macam-macam ragam kalau kita tengok dengan kerja berkumpulan ni. Kan?

Inilah realiti kehidupan dekat U. Itu baru sikit. Belum kira dengan nak daftar subjek. Tu pun kalau tak limit lah. Kalau limit.... Tahun depan la gayanya kau ambil subjek tu. Huhu. Pastu aktiviti kolej lagi. Merit lagi. Tu semua kena ambil kira kalau korang nak stay kolej. 
Kalau nak stay la. Tapi tu semua penting doe. Kau nak duduk rumah sewa.? Kalau bajet banyak takpe la. Cuba pikir student yang tinggal jauh dari U. Yang keluarga sederhana. Ingat mampu ke. Dah la dengan keadaan ekonomi yang tak tahu lanak digambarkan lagu mana tu. Haih la nasib. 

Kekadang tu rasa nak give up kan? Sesiapa followers dalam kalangan student, jujur la. Sebab aku dari form6 dah rasa macam tu. Ini pulak dah sarjana muda. Lagi la pening. Tambah- tambah kehidupan universiti yang menjarakkan kita dari keluarga. Nak menghadapi pelbagai ragam manusia lagi. Pluss. Kena pandai cari kawan weyh. Sebab diorang la yang mempengaruhi kita. Nasib la kalau dapat yang bertalam dua tiga muka, yang tikam belakang. Tu .

Tapi , tapii...... cuba korang berfikir sejenak. Kenapa nak give up weyh. Korang dah sejauh ni kut. Dah diploma. Dah degree. Dah master. Dah nak final year dah pun. Sia-sia je korang datang sini tapi nak give up. Duit tak payah cakap lah. Macam air paip. Tambah-tambah nak final ni. 

"Kalau rasa dah give up sangat, cuba fikir sejauh mana effort korang untuk sampai ka tahap ni."

Quotes from twitter. Ada lagi ayat lepas tu. Tapi aku tak ingat. Haha. Lulz

Jadi, kalau korang rasa dah buntu sangat. Cuba pikir balik berapa banyak duit habis untuk belanja korang. Ingat mak ayah lah senang. Tak payah pikir jauh sangat. Diorang nak sangat weyh tengok anak-anak berjaya. Sebab ada sesetengah parent tak ada education. Sesetengah la. Macam parent aku. 

Plus. Kalau dah buntu sangat, solat sunat la. Baca al - Quran ke. Mengadu pada Dia. Minta ketenangan. Minta permudahkan urusan. Jaga solat fardhu sama. In Sha Allah, dengan mengingati Allah , hati akan tenang. 

Sekian. Lai lai 




#Sesiapa yang follow tu , nanti Dirah follow balik ye. Pagi-pagi tak sempat blogwalking. Jangan lupa tinggalkan jejak taw.

01 November, 2016

Penantian Yang Indah

HAI COMEL :)


"Dear awak, saya tunggu awak."

"Kau sanggup ke tunggu dia. Aku cuma risau takut-takut dia daa ad orang lain je bila belajar kat sana nanti."

"Aku yakin . Sebab dia dah susah payah nak dapatkan hati aku . Kenapa sesenang dia je nak cari orang lain ? Aku yakin."

5 bulan selepas itu....

"Weyh... Aku sedih . Sakit sangat rasa."

"Kau kenapa ?"

"Dia dah tinggalkan aku. Dia cakap dia da jumpa orang lain dekat tempat dia belajar. Aku dah tunggu dy kut. Sampai hati dia buat aku mcam ni weyh. Dulu bukan main ambil hati aku. Sekarang nii."

As expected.... Dan aku x berani nak luah apa-apa pendapat. Biarlah hati dia sejuk dulu

"Dah la susah payah jugak aku nak terima dia, takkan senang macam tu je aku nak lupakan dia. Dia kena ingat tu." 😔😔😔

Erk..  

Pernah tak korang rasa sakit dan peritnya menunggu seseorang? Dan tanpa korang sedari , airmata mengalir menangisi nasib. 

Mesti ada yang akan kata

"Dah lah kau . Move on lah. Cari je org lain."

Ada jugak yang kata. 

"Tu la kau . Baru couple bukan kahwin lagi. Takpayah la setia sangat . Ni tak . Sanggup tunggu dia lah apa lah. Sekarang ni tengok apa dah jadi . "

Hey guys. Rilek ok . Haha. 
Ok ? Kalau macam ni jadi kat korang ? Apa yang perlu korang buat?
Sebab aku tak pernah bercinta . Haha . 😂😂. 

But , in my opinion is theres no need la nak tunggu mati-matian demi seseorang yg kita tak jelas ada dengan kita untuk masa depan kan ? Please guys , jangan buang masa untuk sesuatu yang tidak jelas.

So sebelum korang serahkan hati, better ingat something yang kita masih ada si Dia yang ciptakan hati dan perasaan ni. 

Allah . Dia dah aturkan jalan yang terbaik . Takdir yang terbaik untuk kita. Jangan la kita pulak nak salahkan Pencipta. 

Jika hati ini berharap pada orang yang salah, mohon la dijauhkan . Its about serius relay. Dah above 20 kann? Korang la . Hehe . Aku muda lagi. Aippp Dirah. Jangan maciem - maciem. 😂😂😂.

Tapi guys , kalau memang la Allah takdirkan kekecewaan buat korang, percayalah . Tak lama. Sinar kebahagiaan itu muncul jua jika kau pasti dengan kuasa cinta-Nya. Allah kurniakan kekecewaan untuk kau supaya kau jadi dewasa dan berfikir dengan matang untuk masa depan kau. Jangan buruk sangka pliss. 

One of my friend tanya, kau tak sunyi ke ?
Urmmm , honestly memang la sunyi. Sampai kalau nak elak sunyi tu unmute semua grup wasap  dengan telegram biar berbunyi je fon aku. Kritikal tak? Haha

Sokay. Tak semestinya kena wat macam tuu . Kita sebahai hamba . Pasti ada cara nak ubat kesunyian. Al Quran tu. Dah berapa lama kau tak sentuh.?  Aku tanya ni. Haaa. Alhamdulillah , walaupun tak delah banyak masa sangat tapi masih ada peluang nak baca untuk isi kekosongan hati. Zikir pun , kalau rasa sunyi rasa cam kosong sangat, lazimkanlah lidah dgan zikrullah . Dapat pahala jugak kan daripada termenung. 

Allah sayang kau tau. Cinta dia pada kau tak terkira. Dia tunggu je kau alunkan ayat suci al quran. Dia tggu je kau baca surah lazim. Indah kan penantian Dia tu. 

Balas lah cinta Allah balik ☺☺☺



30 October, 2016

Maafkan Daku

Kredit gambar FizGraphic 

Amboi tajuk. Agaknya tak boleh nak sastera lagi kut. Haha. Maaf kerana lama menghilang . Sudah hampir setahun lamanya tinggal dunia blog ni. Blogwalking apatah lagi. Minta maaf ye kepada followers. Maklumlah rakan-rakan, iolls ni hanya insan biasa . Haha >_ <.

Lepasni saya akan cuba blogwalking pula. Itupun kalau sempat la. Err . Dirah ada bagi harapan ke.? Ehekk.

Saya bukan apa, sekarang ni makin sibuk dan busy dengan aktiviti kuliah. Aduii apalah aku ni. Sibuk dengan busy dua benda yang sama la . Mohon maaf naa. *Minta maaf lagi

Eh. Ramai tak tahu aku sambung belajar kat mana kan? Haha.  Ada ke orang tanya ?
Ok . for your information, lepas habis SPM tu Dirah sambung STPM. Actually berat hati jugak la sebab kena pakai baju sekolah balik tapi tak lama sebab tahun 2015 dah boleh pakai baju biasa. Ermmm. Biasalah sangat sekolah kitorang just pakai baju kurung dan tudung hanya dibenarkan pakai tiga warna sahaja. Makk aihhh. Dan dapat tahu jugak STPM tu exam ketiga tersusah di Malaysia ye. *Entah info mana aku dapat . Haha

So masa STPM tu takpayah la cerita . Haha. Maybe sebab aku ni tak berapa rajin jadi dapatla keputusan macam orang tak rajin. Haha. Pengajaran untuk diri sendiri.

Okay kawan-kawan. taknak la kan cerita lebih-lebih. Straight forward je lah. Lepas STPM  berlalu , Alhamdulillah walau pun keputusan tak sebaikk mana tapi Dirah dapat juga peluang sambung belajar. Hehe. So, iolls sekarang ni ada di Universiti Malaya. UM lah. Hehe.

Dear followers, Dirah tak boleh lama-lama. Hurmm. Selesaikan assignmnt dulu ya kawan-kawan. Semoga apa yang berlaku hari ini dapat memberi pengajaran untuk kita pada masa akan datang.

Assalamualaikum. Lai lai.

03 May, 2016

Mini Segmen by Syaidah Seha





Setelah sekian lama

                                            
Aku rasa dah lama aku tak blogwalking, tak tulis post . Seyestalk . Rindu memang rindu . Tapi kehidupan hostel menghalang aku untuk buat semua tuuu . Yelah kat hostel mana boleh buat semua tuuu kann . Nak kena dengan warden . Setahun lebih aku tinggalkan blog aku nihhh . Mesti dia rindu aku . Ihiks 😂
Bila dah lama tak berblog ni , aku dapat rasakan ada macam - macam sarang kat blog ni . Dapat aku rasakan sarang labah-labah di penjuru header ni ... Habuk pun ada . Bukan dekat blog je  , dekat skrin pun ado .. Kihkihkih .. Gadget blog ni pun tak bertukar . Dah setahun lebih rasanya . Iklan churp-2 ngan nuffnang pun dah lamaaa.. 
Kepada followers ataupun sesiapa yg baca entry ni , saya tuan rumah ibgin memohom maaf kerana sudah lama tidak mrlakukan blogwalking . Sebab-sebab seperti tinggal di hostel dan wifi dah xdooo (sadis betul) 😭😭 membuatkan saya tidak lagy berblog. 
-nadirah-
Turn 20

17 September, 2015

.

Dont want to Post something . JUZ WANT TO SHARE THIS :)

10 February, 2014

Beza Antara KIM Dengan CHOI


Makan , tidur , korea . Makan , tidur , korea .. Wahh .. Kemain kau Nad … Oh ya , secara jujurnya masa aku dihabiskan dengan makan , tidur , korea jaaa.. Tapi kerja lain pun buat la … Ahahahaha … Okey – okey .. Aku straight to the point ajelah ye .. Semalam aku online facebook .. Tiba-tiba mataku tertancap pada gambar yang diupload oleh S.M .. Siapa taktau S.M weyh …..? *Orang yang tak minat korea je taktau… YEHET la aku niyh … Ehehehehe …

Apa beza antara KIM dengan CHOI …?. *Tengok gambar diatas … TINGGI !!?



 Tersenyum kejap bila tengok gambar niyh… Serius , memang tak perasan langsung beza depa selama niyh…Kesian pulak dekat KIM…. Girl Generation selama ni aku ingat tinggi depa hampir sama jaa semua…. Rupanya leader dia rendah dari Choi Sooyoung …

Choi Minho memang tinggi .. Kim Jonghyun , walaupun dia rendah (rendah sikit je kan), tapi suara dia sedap.. Merdu jaa dengar … Kim Jonghyun pun berkawan rapat dengan Kim Junmyeon a.k.a Suho (leader EXO)..Kim Ryeowook dan Choi Siwon .. Dua-dua bias aku dalam SUPER JUNIOR …. Kim Ryeowook memang mempunyai tubuh badan yang kecil …

Ok , tiga-tiga gambar tu semua artis dari S.M Entertainment kan ?? Cuma gambar terakhir tuu gambar kumpulan ahli B.A.P (Best Absolutely Perfect)… Artis dari TS Entertainment.. Tak kisahlah dari company mana… Dah dengar belum lagu baru diaorang …?? ANGEL…. Konsep yang berlainan daripada lagu-lagu diaorang sebelum niyh… Dan lepas tengok gambar niyh , baru aku tahu yang maknae kumpulan niyh iaitu Choi Junghong atau Zelo (sama umur dgan aku .. Hihi )lagi tinggi daripada abang dia Kim Himchan dan Kim Jong Up…

 Tapi antara Kim dengan Choi niyh, suara KIM lagi sedap dari CHOI…Cuma kumpulan B.A.P jaa , suara Zelo lagi best ..


**Happy Birthday to CHOI SOOYOUNG .. Lambat sangat kah?? EXO SHOWTIME tinggal satu episode jaa lagi … Ni yang tak YEHET niii… Hmmmm S.M THE BALLAD VOL.2 …Tak sabar nak tengok …