02 November, 2016

Kenapa Nak Kena Give Up?



"Pastikan tugasan tu disubmit manual pada saya minggu depan ye."

"Baik miss."

Semua pelajar menjawab . Akur. Namun pelbagai perkara yang terlintas di fikiran mereka. Terdapat sekumpulan pelahar berkumpul sedang membincangkan sesuatu dengan mimik muka serius walaupun bilangan manusia di bilik kuliah sudah semakin susut. Tidak rasa keterujaan untuk pulang di waktu itu. Buntu barangkali memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk tugasan kali ini. 

Haih assignment lagi. Memang tak akan habis. Rasa nak nangis sat . Huwaaaaa. Allah je yang tahu perasaan aku ketika ini . Banyak benda nak kena settle sebelum minggu depan ni. 

Aduhh. Lagi nak meeting kelab, persatuan. Sukan lagi. Dah tak lama dahh ni. Assignment lagi lahh. Semua nak kena submit. Nak kena present. Tu belum kira betul ke salah. Setiap subjek pulak tu ad assignment. Mangaiii. Rasa nak nangis lagi. Hurmmmm. 

Tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi WhatsApp 

"Guys, tugasan entrepreneurship bahagian sekian sekian dah siap? Lusa dah nak kena submit. Nak kena compile dulu. Lepas tu nak semak lagi."

No respond from the others. Cuma ada beberapa kerat je yang read. READ weyh. 

"Guys, I need your coperation right now. Jangan macam ni please." Ketua kumpulan dah mula remind.

"Baru nak buat." Anak buah reply.

"Dah siap dan dah print. Esok saya bagi." Antara ayat yang paling kita nak sangat. 

"Otw." Ok..... ini .....

Macam-macam ragam kalau kita tengok dengan kerja berkumpulan ni. Kan?

Inilah realiti kehidupan dekat U. Itu baru sikit. Belum kira dengan nak daftar subjek. Tu pun kalau tak limit lah. Kalau limit.... Tahun depan la gayanya kau ambil subjek tu. Huhu. Pastu aktiviti kolej lagi. Merit lagi. Tu semua kena ambil kira kalau korang nak stay kolej. 
Kalau nak stay la. Tapi tu semua penting doe. Kau nak duduk rumah sewa.? Kalau bajet banyak takpe la. Cuba pikir student yang tinggal jauh dari U. Yang keluarga sederhana. Ingat mampu ke. Dah la dengan keadaan ekonomi yang tak tahu lanak digambarkan lagu mana tu. Haih la nasib. 

Kekadang tu rasa nak give up kan? Sesiapa followers dalam kalangan student, jujur la. Sebab aku dari form6 dah rasa macam tu. Ini pulak dah sarjana muda. Lagi la pening. Tambah- tambah kehidupan universiti yang menjarakkan kita dari keluarga. Nak menghadapi pelbagai ragam manusia lagi. Pluss. Kena pandai cari kawan weyh. Sebab diorang la yang mempengaruhi kita. Nasib la kalau dapat yang bertalam dua tiga muka, yang tikam belakang. Tu .

Tapi , tapii...... cuba korang berfikir sejenak. Kenapa nak give up weyh. Korang dah sejauh ni kut. Dah diploma. Dah degree. Dah master. Dah nak final year dah pun. Sia-sia je korang datang sini tapi nak give up. Duit tak payah cakap lah. Macam air paip. Tambah-tambah nak final ni. 

"Kalau rasa dah give up sangat, cuba fikir sejauh mana effort korang untuk sampai ka tahap ni."

Quotes from twitter. Ada lagi ayat lepas tu. Tapi aku tak ingat. Haha. Lulz

Jadi, kalau korang rasa dah buntu sangat. Cuba pikir balik berapa banyak duit habis untuk belanja korang. Ingat mak ayah lah senang. Tak payah pikir jauh sangat. Diorang nak sangat weyh tengok anak-anak berjaya. Sebab ada sesetengah parent tak ada education. Sesetengah la. Macam parent aku. 

Plus. Kalau dah buntu sangat, solat sunat la. Baca al - Quran ke. Mengadu pada Dia. Minta ketenangan. Minta permudahkan urusan. Jaga solat fardhu sama. In Sha Allah, dengan mengingati Allah , hati akan tenang. 

Sekian. Lai lai 




#Sesiapa yang follow tu , nanti Dirah follow balik ye. Pagi-pagi tak sempat blogwalking. Jangan lupa tinggalkan jejak taw.

1 comment:

akudantwarikh said...

salam... entri yang menarik dan sesuai untuk remind diri sendiri. setuju dengan apa yang dikatakan sebab sy juga pernah alami situasi tersebut. tekanan memang tiunggi. apa yang boleh kita buat adalah tingkatkan motivasi diri. kalau nak give up, kenapa bermula kan? lagi satu ingat balik matlamat dan impian yang nak dicapai. in Shaa Allah boleh membantu diri untuk hadapi semua tekanan tu. bab esaimen last minit tu sy tak nafikan laa.. hehe.. masing2 kena tahu peranan la..berkenaan subjek untuk next semester, perancangan sangat penting. kalau degree 4 tahun, maknanya kena ada perancangan utk 4 tahun siap2. maknanya tiap2 semester dah tahu nak ambik apa beradasarkan panduyan dalam buku panduan yang dieberikan. serta dapatkan nasihat penasihat akdemik. ok tu saja nak cakap. komen panjang mengalahkan entri pulak. hahaha