Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

27 May, 2019

Recommended WEBTOON LINE review by Siti Nadirah


Hello guys. Salam Ramadhan. Semoga puasa kali ini membawa rahmat dalam kehidupan kalian. Allahu. Amiin. Dah lama tak update masha-Allah otak beku sangat dan ada komitmen lain dengan latihan ilmiah dan assignment. Doakanlah aku dapat survive cabaran ni dengan baik okay ! Semoga Siti Nadirah binti Sha’adan dapat grad tahun 2020 In Sha Allah Amin amin.. Semoga Tuhan memberkati pembaca seperti kalian ehek > - <


Entry kalini bukan nak share pasal apa pun. Sebab tak tahu nak share apa so harini aku just nak share with you guys recommended webtoon yang aku baca daripada Webtoon LINE. Baru discovered sebab sedar diri memang pemalas nak membaca. Heol ignore me. If you guys baca dekat dekat Webtoon NAVER lagi banyak webtoon yang menarik but kita tak paham hangul so bagaimana itu. Hahah. But, webtoon yang aku recommend ni memang terbaik dari segi drawing dia. Sangat terbaik. Kreatif. Kelakar pun ya juga. Sekali baca memang tak sedar dah berapa chapter sebab eye catching sangat. So guys, ayohlah kita ushar-ushar. Kebanyakan webtoon yang aku baca mostly masih ongoing


1. Lookism (Park Taejun)

Tajuk lookism sendiri memberi maksud iaitu prejudice or discrimination on the grounds of a person's appearance. If korang minat action for high schoolers boleh baca ni. Kisah seorang remaja yang berbadan chubby (taknak cakap gemuk sebab tak baik lol) dan sering dibuli di sekolah lamanya mengambil keputusan untuk berpindah sekolah dan belajar berdikari. Tapi suatu perkara yang tidak dijangka berlaku pada keesokan harinya di rumah baru apabila mendapati tubuh badannya berubah 100% daripada tubuh asal. Ok taknak bagi spoiler. And plot twist pun kemain sampai dapat unexpected ending. Watak pun banyak berkait-kait and I love the visual of the character. Juga memberi pengajaran supaya jangan berkawan sebab rupa. Relate dengan manusia zaman sekarang yang suka judge dari segi luaran dulu kan. Yang istimewanya webtoon ni adalah Park Taejun (author) menggunakan wajah adiknya iaitu Park Hyung Seok sebagai watak utama. Thats so lit guys. Sibling goals. Dahla dua-dua pun hensem. Boleh usha ig author taip je park taejun.






2. Yumi’s Cells
Kalau korang jenis yang suka berangan suka drama cinta-cinta boleh baca Webtoon ni. Seorang wanita berkerjaya yang masih tercari-cari akan jodohnya yang juga menampilkan sel-selnya. Sel-sel tersebut akan membantu Yumi dalam membuat keputusan sebelum bertindak. Yumi punya karakter ni nampak macam orang takde perasaan tapi dalam hati dia macam-macam jadi. Ada ribut lah, musim bunga lah her feeling express from that. Author adalah Lee Donggeun.
p/s : Ada satu watak nama dia Babi weyh tapi dia punya watak so boyfriend material.

      





3. True Beauty

This art is sooooo beautiful. Maybe sebab the author pernah jadi model and tahu sedikit sebanyak tentang fashion. Menceritakan seorang gadis remaja yang mula meminati bidang makeup setelah berjaya memperlajari bidang tersebut melalui sosial media. Kiranya meminta nasihat tentang makeup daripada rakan-rakan sosial media lah. Kisah ni lebih kepada kehidupan remaja yang tersangkut dengan percintaan, kekeluargaan and its worth it to read tho.. Penulis adalah Yaongi.

                                   


     
                                           
                                  SUHO LEE sooo visual
4. Eggnoid

Tak pasti tapi rasanya penulis adalah Indonesian. Dia punya art pun cantik dan mengingatkan aku kepada Maid Maiden punya art. Kepada sesiapa minat romance dan science fiction pun boleh baca walaupun genre lebih kepada romance. Kemunculan eggnoid adalah misteri dan aku pun baru baca chapter 1 untuk season 3. Nama eggnoid tu pun dah pelik kan ? Boleh tengok ig archietheredcat untuk maklumat lanjut.






So thats all for today.. Hope you guys enjoy my entry. Thank you !