02 November, 2016

Kenapa Nak Kena Give Up?



"Pastikan tugasan tu disubmit manual pada saya minggu depan ye."

"Baik miss."

Semua pelajar menjawab . Akur. Namun pelbagai perkara yang terlintas di fikiran mereka. Terdapat sekumpulan pelahar berkumpul sedang membincangkan sesuatu dengan mimik muka serius walaupun bilangan manusia di bilik kuliah sudah semakin susut. Tidak rasa keterujaan untuk pulang di waktu itu. Buntu barangkali memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk tugasan kali ini. 

Haih assignment lagi. Memang tak akan habis. Rasa nak nangis sat . Huwaaaaa. Allah je yang tahu perasaan aku ketika ini . Banyak benda nak kena settle sebelum minggu depan ni. 

Aduhh. Lagi nak meeting kelab, persatuan. Sukan lagi. Dah tak lama dahh ni. Assignment lagi lahh. Semua nak kena submit. Nak kena present. Tu belum kira betul ke salah. Setiap subjek pulak tu ad assignment. Mangaiii. Rasa nak nangis lagi. Hurmmmm. 

Tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi WhatsApp 

"Guys, tugasan entrepreneurship bahagian sekian sekian dah siap? Lusa dah nak kena submit. Nak kena compile dulu. Lepas tu nak semak lagi."

No respond from the others. Cuma ada beberapa kerat je yang read. READ weyh. 

"Guys, I need your coperation right now. Jangan macam ni please." Ketua kumpulan dah mula remind.

"Baru nak buat." Anak buah reply.

"Dah siap dan dah print. Esok saya bagi." Antara ayat yang paling kita nak sangat. 

"Otw." Ok..... ini .....

Macam-macam ragam kalau kita tengok dengan kerja berkumpulan ni. Kan?

Inilah realiti kehidupan dekat U. Itu baru sikit. Belum kira dengan nak daftar subjek. Tu pun kalau tak limit lah. Kalau limit.... Tahun depan la gayanya kau ambil subjek tu. Huhu. Pastu aktiviti kolej lagi. Merit lagi. Tu semua kena ambil kira kalau korang nak stay kolej. 
Kalau nak stay la. Tapi tu semua penting doe. Kau nak duduk rumah sewa.? Kalau bajet banyak takpe la. Cuba pikir student yang tinggal jauh dari U. Yang keluarga sederhana. Ingat mampu ke. Dah la dengan keadaan ekonomi yang tak tahu lanak digambarkan lagu mana tu. Haih la nasib. 

Kekadang tu rasa nak give up kan? Sesiapa followers dalam kalangan student, jujur la. Sebab aku dari form6 dah rasa macam tu. Ini pulak dah sarjana muda. Lagi la pening. Tambah- tambah kehidupan universiti yang menjarakkan kita dari keluarga. Nak menghadapi pelbagai ragam manusia lagi. Pluss. Kena pandai cari kawan weyh. Sebab diorang la yang mempengaruhi kita. Nasib la kalau dapat yang bertalam dua tiga muka, yang tikam belakang. Tu .

Tapi , tapii...... cuba korang berfikir sejenak. Kenapa nak give up weyh. Korang dah sejauh ni kut. Dah diploma. Dah degree. Dah master. Dah nak final year dah pun. Sia-sia je korang datang sini tapi nak give up. Duit tak payah cakap lah. Macam air paip. Tambah-tambah nak final ni. 

"Kalau rasa dah give up sangat, cuba fikir sejauh mana effort korang untuk sampai ka tahap ni."

Quotes from twitter. Ada lagi ayat lepas tu. Tapi aku tak ingat. Haha. Lulz

Jadi, kalau korang rasa dah buntu sangat. Cuba pikir balik berapa banyak duit habis untuk belanja korang. Ingat mak ayah lah senang. Tak payah pikir jauh sangat. Diorang nak sangat weyh tengok anak-anak berjaya. Sebab ada sesetengah parent tak ada education. Sesetengah la. Macam parent aku. 

Plus. Kalau dah buntu sangat, solat sunat la. Baca al - Quran ke. Mengadu pada Dia. Minta ketenangan. Minta permudahkan urusan. Jaga solat fardhu sama. In Sha Allah, dengan mengingati Allah , hati akan tenang. 

Sekian. Lai lai 




#Sesiapa yang follow tu , nanti Dirah follow balik ye. Pagi-pagi tak sempat blogwalking. Jangan lupa tinggalkan jejak taw.

01 November, 2016

Penantian Yang Indah

HAI COMEL :)


"Dear awak, saya tunggu awak."

"Kau sanggup ke tunggu dia. Aku cuma risau takut-takut dia daa ad orang lain je bila belajar kat sana nanti."

"Aku yakin . Sebab dia dah susah payah nak dapatkan hati aku . Kenapa sesenang dia je nak cari orang lain ? Aku yakin."

5 bulan selepas itu....

"Weyh... Aku sedih . Sakit sangat rasa."

"Kau kenapa ?"

"Dia dah tinggalkan aku. Dia cakap dia da jumpa orang lain dekat tempat dia belajar. Aku dah tunggu dy kut. Sampai hati dia buat aku mcam ni weyh. Dulu bukan main ambil hati aku. Sekarang nii."

As expected.... Dan aku x berani nak luah apa-apa pendapat. Biarlah hati dia sejuk dulu

"Dah la susah payah jugak aku nak terima dia, takkan senang macam tu je aku nak lupakan dia. Dia kena ingat tu." 😔😔😔

Erk..  

Pernah tak korang rasa sakit dan peritnya menunggu seseorang? Dan tanpa korang sedari , airmata mengalir menangisi nasib. 

Mesti ada yang akan kata

"Dah lah kau . Move on lah. Cari je org lain."

Ada jugak yang kata. 

"Tu la kau . Baru couple bukan kahwin lagi. Takpayah la setia sangat . Ni tak . Sanggup tunggu dia lah apa lah. Sekarang ni tengok apa dah jadi . "

Hey guys. Rilek ok . Haha. 
Ok ? Kalau macam ni jadi kat korang ? Apa yang perlu korang buat?
Sebab aku tak pernah bercinta . Haha . 😂😂. 

But , in my opinion is theres no need la nak tunggu mati-matian demi seseorang yg kita tak jelas ada dengan kita untuk masa depan kan ? Please guys , jangan buang masa untuk sesuatu yang tidak jelas.

So sebelum korang serahkan hati, better ingat something yang kita masih ada si Dia yang ciptakan hati dan perasaan ni. 

Allah . Dia dah aturkan jalan yang terbaik . Takdir yang terbaik untuk kita. Jangan la kita pulak nak salahkan Pencipta. 

Jika hati ini berharap pada orang yang salah, mohon la dijauhkan . Its about serius relay. Dah above 20 kann? Korang la . Hehe . Aku muda lagi. Aippp Dirah. Jangan maciem - maciem. 😂😂😂.

Tapi guys , kalau memang la Allah takdirkan kekecewaan buat korang, percayalah . Tak lama. Sinar kebahagiaan itu muncul jua jika kau pasti dengan kuasa cinta-Nya. Allah kurniakan kekecewaan untuk kau supaya kau jadi dewasa dan berfikir dengan matang untuk masa depan kau. Jangan buruk sangka pliss. 

One of my friend tanya, kau tak sunyi ke ?
Urmmm , honestly memang la sunyi. Sampai kalau nak elak sunyi tu unmute semua grup wasap  dengan telegram biar berbunyi je fon aku. Kritikal tak? Haha

Sokay. Tak semestinya kena wat macam tuu . Kita sebahai hamba . Pasti ada cara nak ubat kesunyian. Al Quran tu. Dah berapa lama kau tak sentuh.?  Aku tanya ni. Haaa. Alhamdulillah , walaupun tak delah banyak masa sangat tapi masih ada peluang nak baca untuk isi kekosongan hati. Zikir pun , kalau rasa sunyi rasa cam kosong sangat, lazimkanlah lidah dgan zikrullah . Dapat pahala jugak kan daripada termenung. 

Allah sayang kau tau. Cinta dia pada kau tak terkira. Dia tunggu je kau alunkan ayat suci al quran. Dia tggu je kau baca surah lazim. Indah kan penantian Dia tu. 

Balas lah cinta Allah balik ☺☺☺



30 October, 2016

Maafkan Daku

Kredit gambar FizGraphic 

Amboi tajuk. Agaknya tak boleh nak sastera lagi kut. Haha. Maaf kerana lama menghilang . Sudah hampir setahun lamanya tinggal dunia blog ni. Blogwalking apatah lagi. Minta maaf ye kepada followers. Maklumlah rakan-rakan, iolls ni hanya insan biasa . Haha >_ <.

Lepasni saya akan cuba blogwalking pula. Itupun kalau sempat la. Err . Dirah ada bagi harapan ke.? Ehekk.

Saya bukan apa, sekarang ni makin sibuk dan busy dengan aktiviti kuliah. Aduii apalah aku ni. Sibuk dengan busy dua benda yang sama la . Mohon maaf naa. *Minta maaf lagi

Eh. Ramai tak tahu aku sambung belajar kat mana kan? Haha.  Ada ke orang tanya ?
Ok . for your information, lepas habis SPM tu Dirah sambung STPM. Actually berat hati jugak la sebab kena pakai baju sekolah balik tapi tak lama sebab tahun 2015 dah boleh pakai baju biasa. Ermmm. Biasalah sangat sekolah kitorang just pakai baju kurung dan tudung hanya dibenarkan pakai tiga warna sahaja. Makk aihhh. Dan dapat tahu jugak STPM tu exam ketiga tersusah di Malaysia ye. *Entah info mana aku dapat . Haha

So masa STPM tu takpayah la cerita . Haha. Maybe sebab aku ni tak berapa rajin jadi dapatla keputusan macam orang tak rajin. Haha. Pengajaran untuk diri sendiri.

Okay kawan-kawan. taknak la kan cerita lebih-lebih. Straight forward je lah. Lepas STPM  berlalu , Alhamdulillah walau pun keputusan tak sebaikk mana tapi Dirah dapat juga peluang sambung belajar. Hehe. So, iolls sekarang ni ada di Universiti Malaya. UM lah. Hehe.

Dear followers, Dirah tak boleh lama-lama. Hurmm. Selesaikan assignmnt dulu ya kawan-kawan. Semoga apa yang berlaku hari ini dapat memberi pengajaran untuk kita pada masa akan datang.

Assalamualaikum. Lai lai.

03 May, 2016

Mini Segmen by Syaidah Seha





Setelah sekian lama

                                            
Aku rasa dah lama aku tak blogwalking, tak tulis post . Seyestalk . Rindu memang rindu . Tapi kehidupan hostel menghalang aku untuk buat semua tuuu . Yelah kat hostel mana boleh buat semua tuuu kann . Nak kena dengan warden . Setahun lebih aku tinggalkan blog aku nihhh . Mesti dia rindu aku . Ihiks 😂
Bila dah lama tak berblog ni , aku dapat rasakan ada macam - macam sarang kat blog ni . Dapat aku rasakan sarang labah-labah di penjuru header ni ... Habuk pun ada . Bukan dekat blog je  , dekat skrin pun ado .. Kihkihkih .. Gadget blog ni pun tak bertukar . Dah setahun lebih rasanya . Iklan churp-2 ngan nuffnang pun dah lamaaa.. 
Kepada followers ataupun sesiapa yg baca entry ni , saya tuan rumah ibgin memohom maaf kerana sudah lama tidak mrlakukan blogwalking . Sebab-sebab seperti tinggal di hostel dan wifi dah xdooo (sadis betul) 😭😭 membuatkan saya tidak lagy berblog. 
-nadirah-
Turn 20